Tuesday, April 27, 2021

MPU21032

PENGHAYATAN ETIKA  & PERADABAN



PERPADUAN DI MALAYSIA


Nama Pensyarah : Ustaz Mohd Faizal Bin Mat Pesa


Nama Ahli Kumpulan : 


NAMA :ISMAIL BIN AB RAZAK
NO. PELAJAR : 14DAT20F2071



NAMA : KAUSALYA A/P ELLANGOPAN
NO. PELAJAR : 14DAT20F2057


NAMA : YOGESH A/L ARUMUGAM
NO. PELAJAR : 14DAT20F2800





PERPADUAN DI MALAYSIA

Pengenalan

    Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan  dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

    Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.

    Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini.

    Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan perpaduan antara kaun. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.

    Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.

    Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

 

 

   Isu- isu Negatif Perkauman di Malaysia

     Punca yang menyebabkan berlakunya isu perkauman dalam politik antara sebab utama adalah ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa. Jika kita lihat keadaan di Malaysia, ekonomi kebanyakan dipegang oleh orang cina manakala politik banyak didominasikan oleh orang melayu. 

    Hal ini disebabkan pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, masyarakat dipisahkan dari sudut ekonomi dan penempatan mengikut kaum-kaum masing. Sebagai contoh, orang cina bekerja sebagai peniaga dan tinggal di Bandar, manakala orang melayu tinggal di kawasan perkampungan dan melakukan aktiviti pertanian dan orang India pula ditempatkan di kawasan ladang bagi menguruskan kelapa sawit dan getah. 

    Selepas kemerdekaan, disebabkan orang cina mempunyai modal yang banyak serta berpengalaman dalam perniagaan, mereka terus memonopolikan ekonomi di Malaysia sehingga sekarang. Pengasingan ini wujud di antara kaum disebabkan kesan negatif dasar-dasar yang terbentuk semenjak zaman penjajahan.

 


 


Sistem Pendidikan Yang Terasing

   Setiap golongan kaum mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. 

    Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. 

    Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. 

    Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman.

 


 

 

Propaganda Perkauman Di Media Sosial

 Pembangunan media sosial sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kurang sihat terhadap perpaduan negara. keselamatan negara telah terbuka dengan pelbagai ancaman, meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah dan ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. walaupun media sosial turut menjadi saluran alternatif maklumat dalam mempromosikan nilai demokratik, ramai pengguna kurang berhati-hati apabila melemparkan tuduhan.

  Hasil kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati pengguna media sosial bimbang, berhati-hati dan tidak yakin apabila berhadapan dengan isu-isu etnik dan perkauman yang berlegar dalam media sosial dan mereka juga belum bersedia untuk menghalang atau mencegah penyebaran isu-isu etnik dan perkauman dalam media sosial, masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan dalam menangani isu etnik dan perkauman yang semakin berleluasa di media sosial. 

    Masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran kebertanggungjawaban dan bertindak berdasarkan undang-undang. Jika merasakan sesuatu info yang tersebar di media sosial adalah tidak betul dan menjatuhkan maruah seseorang, buatlah aduan kepada pihak berkuasa atau melakukan demo secara aman supaya wujud suasana positif dan memberi manfaat kepada masyarakat.

 

 


 

 

 ·     Kurangnya Interaksi Antara Kaum

  Secara umumnya,sesuatu kaum lebih cenderung untuk berkawan dan bergaul dengan orang daripada kaum sendiri. Ini boleh memudahkan pergaulan mereka kerana menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak. Hal ini kemudian, sesetengah masyarakat tidak tahu bercakap dalam Bahasa Melayu dan mereka akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi. 

    Keadaan ini akan menimbulkan pergaulan seperti itik dengan ayam yang tidak dapat difahami oleh kedua-dua pihak. Sesuatu kaum juga sukar untuk menerima perbuatan kaum lain berdasarkan kepercayaan. Mereka yang tidak bersikap toleransi akan menentang perbuatan mereka dan menimbulkan perselisihan.


  Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama sejak sebelum dan selepas kemerdekaan. Bahasa Melayu pula telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan. Sejak azali lagi kita telah diajar supaya selalu bertolak ansur, hormat menghormati dan saling mempercayai antara semua kaum dan agama yang ada di Malaysia. Jelas bibit perpaduan yang digilap sejak sebelum zaman kemerdekaan lagi, telah sebati dalam diri setiap rakyat Malaysia. 

Keharmonian yang dicapai rakyat Malaysia amat membanggakan dan menjadi contoh kepada negara-negara lain dalam menyelesaikan isu perkauman dan keagamaan. Dimana-mana di Malaysia, rakyat dapat hidup dengan aman dan tenteram, bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing. Keunikan ini sedikit sebanyak mengagumkan negara-negara lain untuk menjadikan Malaysia sebagai 'role-model'  sebuah negara berbilang kaum dan agama yang dapat ditadbir dengan baik dan berdaya maju.

Walaubagaimanapun, keharmonian dan kesepaduan yang dicapai selepas kemerdekaan sedikit tercalar apabila berlakunya rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tarikh tersebut menjadi titik hitam dalam konteks perpaduan di Malaysia. Namun usaha demi usaha dilakukan sehingga kini untuk memastikan perpaduan di Malaysia tetap utuh dan berterusan.


Sumber



Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia 

 Malaysia sebagai negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni

Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum

 





Menganjurkan majlis rumah terbuka

Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ;

“bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. 



Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam masyarakat Malaysia.

 

 

Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:-

1.Pakaian




Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat.

Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas.

Sari merupakan pakaian tradisional India. Ia adalah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dipadankan dengan dengan kain dalam yang warnanya sama atau seakan-akan sama dengan kain sari tersebut .Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.

 2. Makanan

 


Makanan India seperti roti canai , tosei ,vadai , kuih loyang juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain. Kuih-muih seperti onde-onde,kuih lapis juga amat digemari oleh pelbagai kaum.


3. Peradaban



**Dari segi perkahwinan Melayu

     Secara umumnya, budaya perkahwinan dalam kalangan etnik Melayu  merupakanbudaya yang sangat unik dan ia dianggap amat penting bagi mereka. Hal inidemikian kerana adat perkahwinan masyarakat Melayu melibatkan beberapa proses,iaitu adat merisik, adat meminang, adat menghantar belanja dan akad.


**Dari segi kaum India

    Adat valaikaappu dilakukan semasa kandungan sulung menjangkau usia tujuh hingga Sembilan bulan.Wanita yang hamil ini juga akan dipakaikan gelang tangan yang bermaksud melindungi bayi dalam kandungan daripada kesukaran sewaktu ibunya bersalin.

 

    Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing.

    Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.


 Melaksanakan sekolah wawasan

Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini.Terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:-

1.     Sekolah Kebangsaan

2.     Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

3.     Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

    Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah. Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain.

 

 

Cabaran Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia




Kepentingan Perpaduan

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar ;

"tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".




Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. 

Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masyarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.




Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan negara lain.




Kesimpulannya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga kemerdekaan dikecapi hingga kini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh dunia. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.


~ Sekian, terima kasih dari kami ~





Video-video Penghayatan Perpaduan di Malaysia